Thursday, November 23, 2017

5 AKTIVITI BINA KEYAKINAN ANAK



1. Mempunyai kawan baik๐Ÿ‘ญ๐Ÿ‘ฌ
Dengan pergaulan rakan sebaya dapat menjadikan anak lebih terbuka untuk berkomunikasi. Selain menimbulkan perasaan sayang & ambil berat terhadap orang sekeliling.

2. Jadual tugas harian
Dengan penanda aras yang anak perlu ikut, ia akan menjadikan anak berdikari & menepati masa. Tdak perlu jadual yang padat, cukup sekadar tugasan harian & tidak membebankan anak.

3. Biar mereka buat pilihan
Apabila anak tahu apa yang mereka inginkan, bermaksud anak jelas tentang sesuatu kemahuan. Biar mereka buat keputusan disamping kita perlu beritahu tentang kesan baik atau buruk sesuatu tindakan,

4. Galakkan membuat kerja rumah
Mulakan dengan skala kecil, seperti susun kasut dirak tersedia atau lipat pakaian sendiri. Seterusnya beralih kepada siram pokok ๐ŸŒป๐ŸŒท mama atau basuh kereta papa. Hihi ๐Ÿ˜‚

5. Beri pujian kepada anak
Dalam setiap apa yang dilakukan oleh anak kata-kata pujian๐Ÿ˜๐Ÿ˜ seperti "SYABAS", "TAHNIAH" atau "BIJAK" adalah dapat meningkatkan keyakinan si anak. Ia akan menjadi galakkan untuk anak lebih melakukan yang terbaik.

#mamayatie
#tips #parenting
#funlearning
#kreditpageqasehgoldhq

No comments:

Post a Comment