Thursday, November 23, 2017

5 AKTIVITI BINA KEYAKINAN ANAK



1. Mempunyai kawan baik๐Ÿ‘ญ๐Ÿ‘ฌ
Dengan pergaulan rakan sebaya dapat menjadikan anak lebih terbuka untuk berkomunikasi. Selain menimbulkan perasaan sayang & ambil berat terhadap orang sekeliling.

2. Jadual tugas harian
Dengan penanda aras yang anak perlu ikut, ia akan menjadikan anak berdikari & menepati masa. Tdak perlu jadual yang padat, cukup sekadar tugasan harian & tidak membebankan anak.

3. Biar mereka buat pilihan
Apabila anak tahu apa yang mereka inginkan, bermaksud anak jelas tentang sesuatu kemahuan. Biar mereka buat keputusan disamping kita perlu beritahu tentang kesan baik atau buruk sesuatu tindakan,

4. Galakkan membuat kerja rumah
Mulakan dengan skala kecil, seperti susun kasut dirak tersedia atau lipat pakaian sendiri. Seterusnya beralih kepada siram pokok ๐ŸŒป๐ŸŒท mama atau basuh kereta papa. Hihi ๐Ÿ˜‚

5. Beri pujian kepada anak
Dalam setiap apa yang dilakukan oleh anak kata-kata pujian๐Ÿ˜๐Ÿ˜ seperti "SYABAS", "TAHNIAH" atau "BIJAK" adalah dapat meningkatkan keyakinan si anak. Ia akan menjadi galakkan untuk anak lebih melakukan yang terbaik.

#mamayatie
#tips #parenting
#funlearning
#kreditpageqasehgoldhq

Friday, November 17, 2017

KENAPA 7 PERMAINAN INI TERBAIK UNTUK ANAK BERUMUR 3 TAHUN


"Anak berumur 3 tahun sudah menjadi seorang kanak-kanak yang lebih kompleks dari segi fikiran, minda dan kawalan yang lebih baik terhadap tubuh badannya. Anak ini juga boleh beri perhatian yang lebih lama jadi boleh beri perhatian kepada permainan, seni serta kraf dan banyak lagi."

-Lambeth Hochwald, Parents Magazine



#1 RUMAH OLOK-OLOK

[KENAPA TERBAIK UNTUK ANAK ANDA?]

'Kawasan Larangan', ibu bapa tak dibenarkan masuk. Ya, kanak-kanak umur 3 tahun punya kawasan atau tempat bermain sendiri.

Buat tembok berbentuk kota kecil daripada bantal sudah memadai untuk menghasilkan 'kawasan larangan'. Pasti mereka suka.

Kita kecil-kecil dulu pun suka buat tembok guna kushion sofa, kan?

[KENAPA PAKAR KATA TERBAIK?]

"Kanak-kanak pada peringkat umur ini sedang meningkatkan keupayaan mereka untuk mengawal dan membiasakan diri."-Briggs



#2 RUMAH BONEKA

[KENAPA TERBAIK UNTUK ANAK ANDA?]

Dah kemas rumah tapi sekejap saja semak balik..Dah suruh JANGAN buat semak tapi tak diendahkan. Manalah anak umur 3 tahun akan faham kehendak dan arahan kita, kan?

Ibu-ibu boleh buat seribu jenis peraturan dalam rumah TAPI anak-anak umur 3 tahun ada peraturan sendiri juga, tau.

Nak buat macam mana? Jawapannya rumah boneka. Biarkan mereka urus rumah mereka dengan cara sendiri.

[KENAPA PAKAR KATA TERBAIK?]

"Kanak-kanak pada peringkat ini amat suka berlakon mengambil alih peranan dan situasi pura-pura dan rumah boneka adalah salah satu penyelesaiannya."-Adair.

Briggs manambah, "Ia juga membantu kemahiran sosial anak-anak".





#3 PLAY-DOH

[KENAPA TERBAIK UNTUK ANAK ANDA?]

Ini memang kesukaan anak-anak. Anak-anak suka Play-Doh atau seumpamanya kerana sifatnya yang lembut, boleh diramas dan boleh dibentuk sesuka hati tanpa had.

[KENAPA PAKAR KATA TERBAIK?]

"Play-Doh mempunyai begitu banyak kegunaan terutama jika dilengkapkan dengan peralatan pelbagai bentuk."-R.Keith Sawyer, Phd, seorang professor psikologi yang mengkaji kreativiti kanak-kanak di Washington University, Missouri.

Beliau menambah, "Penggunaan Play-Doh meningkatkan skill motor dan imaginasi anak-anak."


#4 BAHAN BACAAN

[KENAPA TERBAIK UNTUK ANAK ANDA?]

Bayangkan apa perasaan anak anda apabila menerima bungkusan pos atas nama mereka sendiri? Ditambah dalam bungkusan tersebut ada buku kesukaan mereka pula?

Ini satu pendekatan terbaik untuk mendekatkan mereka dengan bahan bacaan!

[KENAPA PAKAR KATA TERBAIK?]

"Tiada istilah yang terlalu awal untuk anak-anak mula membaca."-Rahil Briggs, psikologis kanak-kanak di Albert Einstein College of Medicine dan Children's Hospital di Montefiore, New York City.


#5 PERMAINAN MINDA

[KENAPA TERBAIK UNTUK ANAK ANDA?]

Kanak-kanak pada peringkat umur ini sudah boleh duduk bermain lebih lama daripada sebelum ini. Jadi, apa kata perkenalkan dengan permainan yang boleh meningkatkan konsentrasi dan hafalan mereka.
[KENAPA PAKAR KATA TERBAIK?]


"Pada peringkat umur ini, kanak-kanak lebih peka dan akan kerap bertanya persamaan dan perbezaan sesuatu BENDA. Malah, pada peringkat umur ini juga kanak-kanak sedang membangunkan skil menyelesaikan masalah!"-Adair

Beliau menambah lagi, "Inilah masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan permainan seperti ini."


#6 SET PERUBATAN

[KENAPA TERBAIK UNTUK ANAK ANDA?]

Baru buka pintuk bilik doktor anak terus menangis? Ini kerana kanak-kanak pada peringkat umur ini mereka lebih mudah faham dan juga MUDAH takut.

Set perubatan mainan akan menjadikan mereka faham dan mungkin menyelesaikan masalah antara kanak-kanak dengan doktor.

[KENAPA PAKAT KATA TERBAIK?]

"Kanak-kanak yang bermain dengan peralatan doktor boleh membantu melegakan kebimbingan kanak-kanak apabila melakukan pemeriksaan doktor."-Briggs.


#7 ALATAN SENI

[KENAPA TERBAIK UNTUK ANAK ANDA?]

Terbeliak mata ibu tengok dinding penuh dengan tampalan! Ya, kanak-kanak sangat suka tempat yang terbuka luas seperti dinding dan pilihan material seni untuk merealisasikan imaginasi mereka.

[KENAPA PAKAR KATA TERBAIK?]

"Kanak-kanak pra-sekolah menggunakan seni sebagai cara ekspresi emosi."-Sue Adair, seorang penyelia latihan dan pembangunan guru di Goddard Systems yang menekankan pembelajaran melalui permainan. "Kanak-kanak sangat suka pilih sendiri material seni."

Briggs menambah, "Ibu bapa pada peringkat umur ini tidak mendedahkan anak-anak dengan penggunaan gunting secara selamat. Sebenarnya, inilah umur yang paling sesuai untuk anak-anak belajar seni dan kraf."

Kredit : https://www.facebook.com/QasehJuniorHQ/