Thursday, November 23, 2017

5 AKTIVITI BINA KEYAKINAN ANAK



1. Mempunyai kawan baikπŸ‘­πŸ‘¬
Dengan pergaulan rakan sebaya dapat menjadikan anak lebih terbuka untuk berkomunikasi. Selain menimbulkan perasaan sayang & ambil berat terhadap orang sekeliling.

2. Jadual tugas harian
Dengan penanda aras yang anak perlu ikut, ia akan menjadikan anak berdikari & menepati masa. Tdak perlu jadual yang padat, cukup sekadar tugasan harian & tidak membebankan anak.

3. Biar mereka buat pilihan
Apabila anak tahu apa yang mereka inginkan, bermaksud anak jelas tentang sesuatu kemahuan. Biar mereka buat keputusan disamping kita perlu beritahu tentang kesan baik atau buruk sesuatu tindakan,

4. Galakkan membuat kerja rumah
Mulakan dengan skala kecil, seperti susun kasut dirak tersedia atau lipat pakaian sendiri. Seterusnya beralih kepada siram pokok 🌻🌷 mama atau basuh kereta papa. Hihi πŸ˜‚

5. Beri pujian kepada anak
Dalam setiap apa yang dilakukan oleh anak kata-kata pujian😍😍 seperti "SYABAS", "TAHNIAH" atau "BIJAK" adalah dapat meningkatkan keyakinan si anak. Ia akan menjadi galakkan untuk anak lebih melakukan yang terbaik.

#mamayatie
#tips #parenting
#funlearning
#kreditpageqasehgoldhq

Friday, November 17, 2017

KENAPA 7 PERMAINAN INI TERBAIK UNTUK ANAK BERUMUR 3 TAHUN


"Anak berumur 3 tahun sudah menjadi seorang kanak-kanak yang lebih kompleks dari segi fikiran, minda dan kawalan yang lebih baik terhadap tubuh badannya. Anak ini juga boleh beri perhatian yang lebih lama jadi boleh beri perhatian kepada permainan, seni serta kraf dan banyak lagi."

-Lambeth Hochwald, Parents Magazine



#1 RUMAH OLOK-OLOK

[KENAPA TERBAIK UNTUK ANAK ANDA?]

'Kawasan Larangan', ibu bapa tak dibenarkan masuk. Ya, kanak-kanak umur 3 tahun punya kawasan atau tempat bermain sendiri.

Buat tembok berbentuk kota kecil daripada bantal sudah memadai untuk menghasilkan 'kawasan larangan'. Pasti mereka suka.

Kita kecil-kecil dulu pun suka buat tembok guna kushion sofa, kan?

[KENAPA PAKAR KATA TERBAIK?]

"Kanak-kanak pada peringkat umur ini sedang meningkatkan keupayaan mereka untuk mengawal dan membiasakan diri."-Briggs



#2 RUMAH BONEKA

[KENAPA TERBAIK UNTUK ANAK ANDA?]

Dah kemas rumah tapi sekejap saja semak balik..Dah suruh JANGAN buat semak tapi tak diendahkan. Manalah anak umur 3 tahun akan faham kehendak dan arahan kita, kan?

Ibu-ibu boleh buat seribu jenis peraturan dalam rumah TAPI anak-anak umur 3 tahun ada peraturan sendiri juga, tau.

Nak buat macam mana? Jawapannya rumah boneka. Biarkan mereka urus rumah mereka dengan cara sendiri.

[KENAPA PAKAR KATA TERBAIK?]

"Kanak-kanak pada peringkat ini amat suka berlakon mengambil alih peranan dan situasi pura-pura dan rumah boneka adalah salah satu penyelesaiannya."-Adair.

Briggs manambah, "Ia juga membantu kemahiran sosial anak-anak".





#3 PLAY-DOH

[KENAPA TERBAIK UNTUK ANAK ANDA?]

Ini memang kesukaan anak-anak. Anak-anak suka Play-Doh atau seumpamanya kerana sifatnya yang lembut, boleh diramas dan boleh dibentuk sesuka hati tanpa had.

[KENAPA PAKAR KATA TERBAIK?]

"Play-Doh mempunyai begitu banyak kegunaan terutama jika dilengkapkan dengan peralatan pelbagai bentuk."-R.Keith Sawyer, Phd, seorang professor psikologi yang mengkaji kreativiti kanak-kanak di Washington University, Missouri.

Beliau menambah, "Penggunaan Play-Doh meningkatkan skill motor dan imaginasi anak-anak."


#4 BAHAN BACAAN

[KENAPA TERBAIK UNTUK ANAK ANDA?]

Bayangkan apa perasaan anak anda apabila menerima bungkusan pos atas nama mereka sendiri? Ditambah dalam bungkusan tersebut ada buku kesukaan mereka pula?

Ini satu pendekatan terbaik untuk mendekatkan mereka dengan bahan bacaan!

[KENAPA PAKAR KATA TERBAIK?]

"Tiada istilah yang terlalu awal untuk anak-anak mula membaca."-Rahil Briggs, psikologis kanak-kanak di Albert Einstein College of Medicine dan Children's Hospital di Montefiore, New York City.


#5 PERMAINAN MINDA

[KENAPA TERBAIK UNTUK ANAK ANDA?]

Kanak-kanak pada peringkat umur ini sudah boleh duduk bermain lebih lama daripada sebelum ini. Jadi, apa kata perkenalkan dengan permainan yang boleh meningkatkan konsentrasi dan hafalan mereka.
[KENAPA PAKAR KATA TERBAIK?]


"Pada peringkat umur ini, kanak-kanak lebih peka dan akan kerap bertanya persamaan dan perbezaan sesuatu BENDA. Malah, pada peringkat umur ini juga kanak-kanak sedang membangunkan skil menyelesaikan masalah!"-Adair

Beliau menambah lagi, "Inilah masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan permainan seperti ini."


#6 SET PERUBATAN

[KENAPA TERBAIK UNTUK ANAK ANDA?]

Baru buka pintuk bilik doktor anak terus menangis? Ini kerana kanak-kanak pada peringkat umur ini mereka lebih mudah faham dan juga MUDAH takut.

Set perubatan mainan akan menjadikan mereka faham dan mungkin menyelesaikan masalah antara kanak-kanak dengan doktor.

[KENAPA PAKAT KATA TERBAIK?]

"Kanak-kanak yang bermain dengan peralatan doktor boleh membantu melegakan kebimbingan kanak-kanak apabila melakukan pemeriksaan doktor."-Briggs.


#7 ALATAN SENI

[KENAPA TERBAIK UNTUK ANAK ANDA?]

Terbeliak mata ibu tengok dinding penuh dengan tampalan! Ya, kanak-kanak sangat suka tempat yang terbuka luas seperti dinding dan pilihan material seni untuk merealisasikan imaginasi mereka.

[KENAPA PAKAR KATA TERBAIK?]

"Kanak-kanak pra-sekolah menggunakan seni sebagai cara ekspresi emosi."-Sue Adair, seorang penyelia latihan dan pembangunan guru di Goddard Systems yang menekankan pembelajaran melalui permainan. "Kanak-kanak sangat suka pilih sendiri material seni."

Briggs menambah, "Ibu bapa pada peringkat umur ini tidak mendedahkan anak-anak dengan penggunaan gunting secara selamat. Sebenarnya, inilah umur yang paling sesuai untuk anak-anak belajar seni dan kraf."

Kredit : https://www.facebook.com/QasehJuniorHQ/

Saturday, October 14, 2017

[GINGKO BILOBA] HERBAL PALING TUA


University of Maryland Medical Center melaoprkan bahawa GINGKO BILOBA adalah spesis tumbuhan yang tertua di dunia. 
.
.
Masyarakat kuno China pula telah menjadikan ekstrak GINGKO BILOBA dalam perubatan untuk menyelesaikan masalah penyakit sejak beribu-ribu tahun dahulu.
.
.
Hari ini, GINGKO BILOBA dijadikan salah satu rawatan herbal yang paling laris di dunia.

Friday, October 13, 2017

BAGAIMANA QASEH GOLD JUNIOR MEMBANTU ANAK-ANAK "SPEECH DELAY" ?




Risau bukan anak dah masuk sekolah, tetapi masih pelat bercakap! Jom lihat apa yang JUNIOR boleh bantu... 
.
Saffron mampu membantu merangsang minda dan pertumbuhan sel-sel otak bagi bayi dan juga kanak-kanak. Hasil kajian dari para saintis, Saffron membantu pertumbuhan akal dan fizikal anak kita.
.
Madu, apabila diformulasikan bersama Saffron, mampu meningkatkan kecerdasan minda anak anda. Bukan itu sahaja, madu dan saffron adalah makanan sunnah yang sesuai untuk perkembangan minda kanak-kanak dan bayi.
.
Buah tiin dalam junior tu salah satu khasiat die, boleh merangsang kuasa otak.
.
Gingko Biloba pun sama...merangsang fungsi minda.
.
Bila otak dan minda dirangsang, semestinya anak lebih mudah dan lancar percakapanya. sbb segala2nya dikawal oleh minda.
Kesimpulannya...
Ramuan Qaseh Junior Madu, Saffron, Kismis, Badam Membantu Mencerdaskan Minda Anak2. Makanan Sunnah Tadi Membantu Sel2 Otak Berhubung.
.
Bila Minda Cerdas...Anak2 Lebih Mudah Ingat Dan Anak Lancar Bercakap.
.
Share jika bermanfaat.
.

Thursday, October 12, 2017

5 TIPS BENTUK KELUARGA HARMONI

 Doa yang berterusan 

🏑 Mainkan peranan & tanggungjawap masing-masing dengan rasa ikhlas.

🏑 Murah dengan sentuhan & perhatian untuk pasangan serta anak-anak.

🏑 Jika berlaku salah faham & pertengkaran, ambil masa untuk muhasabah diri & meminta maaf.

🏑 Mengatur waktu dengan teratur supaya mempunyai
"quality time" bersama yang tersayang.

Sama-sama memperbaiki kekurangan diri. Jika semalam kita membuat silap, tiada salahnya hari ini mulut & tangan menghulurkan salam kemaafan. Ingat, keluarga ini adalah amanah dari Allah SWT. Moga kita memperolehi keluarga yang SAKINAH, MAWADDAH & WARRAHMAH πŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘¦‍πŸ‘¦

Wednesday, October 11, 2017

MINUMAN PANAS ELAK HIPOTERMIA

MUSIM HUJAN MASA BERMANJA DENGAN IBU

Hujan boleh menjadi sangat sejuk hingga anda mungkin berasa sejuk ke tulang.

Salah satu penyelesaian yang terbaik untuk mengelakkan sakit selepas hujan lebat, MINUM SESUATU YANG PANAS.


🍽️Ibu yang prihatin dengan kesihatan anak-anak pasti akan menyediakan sesuatu untuk elak anak sakit seperti sup, minuman QOQO panas dan lain-lain.

🌑️Dibuktikan bahawa mengambil sesuatu yang panas boleh membantu memberikan kehangatan untuk menahan sejuk.
Selain itu, minuman panas dapat membersihkan kahak yang terkumpul di rongga hidung dan tekak, menjadikannya lebih mudah bagi anda untuk bernafas.

πŸ’“Hasilnya, membuatkan anda dan seisi keluarga berasa hangat dan relaks.

Tuesday, October 10, 2017

APA ITU ANTIOKSIDAN ??


Antioksidan = Zat yang melambatkan atau mencegah proses oksidasi.
πŸ’«OKSIDAN dan ANTIOKSIDANπŸ’«
Oksidan tu kita sebut sebagai radikal bebas. Radikal bebas tu bahasa mudahnya seperti sinar UV selepas jam 10 tu dah tidak elok, asap rokok, pencemaran atau dalam sesetengah makanan segera (fast food), contoh bahan pengawet pun ada oksidan semua tu boleh menyebabkan perubahan atau merosakkan sel. Itulah kenapa antioksidan dalam buah-buahan seperti kurma dan lain-lain sangat diperlukan untuk baiki semula sel-sel yang rosak itu.